Sunday 6 November 2011

STRUKTUR ORGANISASI MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA

STRUKTUR ORGANISASI
MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA


PENAUNG                                           :   Y.A.B. DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN HJ. ABD RAZAK
                                                                Perdana Menteri Malaysia (Merangkap Menteri FELDA)

AHLI LEMBAGA PENASIHAT           :   Y.B. DATUK SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN
                                                               Menteri Pengajian Tinggi
                                               
                                                            :   Y.B. DATUK AHMAD BIN MASLAN
                                                               Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

                                                            :   Y.BHG. DATO’ DZULKIFLI BIN ABD. WAHAB
                                                               Pengarah Besar FELDA

                                                            :   Y.BHG. TN. HJ. FAIZOULL BIN AHMAD
                                                               Pengarah Jabatan Inovasi &
                                                               Pembangunan Generasi Baru FELDA

                                                            :   Y.BHG .DATO’ HJ. RAMLI BIN HJ ISMAIL
                                                               Mantan Presiden MBFM


STRUKTUR ORGANISASI MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA

1)        JAWATANKUASA DASAR & PENGURUSAN STRATEGIK
            Pengerusi                   :           Anuar Bin Abd. Manap
Presiden


2)        JAWATANKUASA KEROHANIAN DAN TUGAS-TUGAS KHAS
            Pengerusi                   :           Y.B Dato' Hj. Mohamad Sahfri Bin Ab Aziz
Timbalan Presiden
           
            Tim. Pengerusi          :           Muhamad Rizal Bin Abdul Rahim   
Ahli Jawatankuasa

            Tim. Pengerusi          :           Feezna Elia Binti Abd Rahman
Ahli Jawatankuasa

            Tim. Pengerusi          :           Mohd Noor Hisam Bin Mohd Daud
Ahli Jawatankuasa


3)        JAWATANKUASA KEBAJIKAN & PENGADUAN KOMUNITI
            Pengerusi                   :           Ahmad Saari Bin Abd Samat
Naib Presiden 1
           
            Tim. Pengerusi          :           Mohd Nasohburi Bin Ismail
Ahli Jawatankuasa

            Tim. Pengerusi          :           Mohd Norfazly Bin Mohd Daud
                                                            Ahli Jawatankuasa


4)        JAWATANKUASA ANTI DADAH, GEJALA SOSIAL DAN SKUAD WAJA FELDA
            Pengerusi                   :           Mohd Insani Bin Zakaria 
Naib Presiden 2
                             
            Tim. Pengerusi          :           Rosli Bin Abd Rahman
Ahli Jawatankuasa


5)        JAWATANKUASA HAL EHWAL WANITA & KELUARGA
            Pengerusi                   :           Noor Zalila Binti Ahmad
Naib Presiden 3 ( Wanita )
           
            Tim. Pengerusi          :           Nor Azreen Binti Kamaruddin
Ahli Jawatankuasa

            Tim. Pengerusi          :           Zainun Binti Suffian

6)        JAWATANKUASA PEMBANGUNAN RAKAN MUDA
            Pengerusi                   :           Muhammad Noraffendy Bin Mohd Salleh
Naib Presiden 4 ( Remaja )


7)        JAWATANKUASA PENGURUSAN  & KEAHLIAN
            Pengerusi                   :           Abdul Rahim Bin Abdullah 
Setiausaha Agung

            Tim. Pengerusi          :           Astrie Surwati Binti Yunos
                                                           Penolong Setiausaha Agung


8)        JAWATANKUASA KEWANGAN, PEMBANGUNAN USAHAWAN & KOPERASI
            Pengerusi                   :           Muszaide Bin Makmor
Bendahari Agung
           
            Tim. Pengerusi          :           Saiful Adli Bin Arzami
Penolong Bendahari Agung
           

9)        JAWATANKUASA PENERANGAN, PENGAJIAN TINGGI, LATIHAN DAN KERJAYA
            Pengerusi                   :           Mohd Syumaimi Bin Rameli
Ketua Penerangan
           
            Tim. Pengerusi          :           Nizam Bin Baharom
Ahli Jawatankuasa

            Tim. Pengerusi          :           Saiful Bin Ahmad
Ahli Jawatankuasa


10)     JAWATANKUASA SUKAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN & WARISAN
            Pengerusi                   :           Y.M Ku Zaharin Shah Bin Ku Mansor
Ahli Jawatankuasa
           
            Tim. Pengerusi          :           Mohd Tarmize Bin Abdullah  
Ahli Jawatankuasa

            Tim. Pengerusi          :           Mohd Ridzuan Bin Johar     
Ahli Jawatankuasa
           

11)     JAWATANKUASA PENDIDIKAN, IT, MULTIMEDIA DAN MEDIA BARU
            Pengerusi                   :           Azlan Bin Mohd Lasim
Ahli Jawatankuasa

            Tim. Pengerusi          :           Mohd Faizal Bin Lakimon
Ahli Jawatankuasa

SEJARAH MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA


MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA

Setelah FELDA diwujudkan pada 1 Julai 1956, pelbagai pertubuhan belia wujud di dalam
rancangan FELDA seperti Persatuan Belia Felda, Gerakan Belia 4B, MAYC, HYO dan lainlain.

Pada tahun 1969, Gabungan Persatuan Belia Felda Wilayah Selatan (PBFWS) ditubuhkan.
Pada tahun 1975 ianya ditukar nama kepada Majlis Belia Felda Kawasan Selatan dan
diterima menjadi Ahli Bersekutu atau badan gabungan Majlis Belia Malaysia.
Pada tahun 1977 satu perjumpaan para belia Felda telah diadakan di Wisma YMCA Kuala
Lumpur bertujuan menubuhkan Majlis Belia Felda Kebangsaan bagaimanapun ianya gagal
berfungsi. Pada 27 Oktober 1980 Felda mengatur satu perjumpaan untuk membentuk
Gerakan Persatuan Belia Felda Kebangsaan di Institut Pembangunan Tanah FELDA
(INPUT) Trolak, bagaimanapun ianya turut menemui kegagalan dan usaha-usaha kearah
mewujudkan semula Majlis Belia Felda terus dilaksanakan.
Pada April 1988, satu perjumpaan khas belia Felda telah diadakan di Johor Bahru bagi
membincangkan penubuhan Majlis Belia Felda Kebangsaan telah diadakan. Lanjutan dari
usaha tersebut, satu mesyuarat penaja penubuhan telah diadakan pada Julai 1988 di
Asrama Semai Bakti FELDA, Kuala Lumpur.
MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA telah ditubuhkan dengan rasmi dan didaftarkan pada 7
Ogos 1991 dengan keahlian seramai 59,836 orang. Mesyuarat Agung Kali Pertama telah
diadakan pada 9 Oktober 1991 di Institut Pembangunan Tanah FELDA (INPUT) yang
disempurnakan oleh YB Encik Yassin Kamari, Timbalan Menteri Pembangunan Negara dan
Luar Bandar Malaysia.
MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA ditubuhkan dan didaftarkan pada 7 Ogos 1991 dengan
hasrat untuk menjadi sebuah badan penyelaras persatuan-persatuan belia Felda di
Malaysia. Penubuhan MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA juga selari dengan hasrat kerajaan
untuk melihat generasi kedua Felda proaktif menghadapi cabaran dalam era globalisasi.

 Pada 26 Jun 2008, MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA telah berdaftar dengan Pendaftar
Pertubuhan Belia (ROY), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Penubuhan Pendaftar
Pertubuhan Belia adalah berkait rapat dengan kewujudan Akta Pertubuhan Belia &
Pembangunan Belia 2007 dan fungsinya untuk mentadbir Akta Pertubuhan Belia dan
Pembangunan Belia 2007. Akta ini telah diwartakan pada 26 Julai 2007 dan mula
berkuatkuasa pada 31 Disember 2007.
 Akta ini perlu dalam memperkasa pertubuhan belia
supaya mampu menarik lebih ramai golongan muda bergiat aktif dalam pertubuhan belia.
Akta ini penting bagi memastikan bahawa pertubuhan belia tetap relevan dalam
pembangunan negara menerusi suatu sistem pengurusan dan pemantauan yang lebih
teratur.
MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA amat komited terhadap rancangan yang disebutkan di
atas dan oleh itu kami akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan keupayan kami dalam
bidang yang diceburi ini. Dengan berbekalkan kepada keyakinan yang tinggi dan diurus
tadbir oleh mereka yang berpengetahuan luas dan berkemahiran tinggi sudah tentu akan
menjadikan Majlis Belia Felda Malaysia sebuah pertubuhan belia yang mampu bersaing
dengan pertubuhan belia lain yang sedia ada.

Friday 4 November 2011

SALAM AIDIL-ADHA BUAT SEMUA UMAT ISLAM, TERUTAMA BAKAL HAJI DAN HAJJAH..

PERTANDINGAN BOWLING ANTARA AJK.... DUIT SENDIRI....










LAGU RASMI MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA


LIRIK LAGU MBFM
Di sini bersemi perjuangan murni
Membina generasi belia Felda
Mengorak langkah menuju ke puncak jaya
Kamilah pewaris bangsa yang berjaya
Cabaran pasti akan tiba
Kami kan tetap harunginya
Demi bangsa dan agama
(Ulang)
Di sini bermula perjuangan kita
Meniti perjalanan onak dan duri
Setia luhur hikmah dan juga berbudi
Lahirkan rasa ikhlas setulus hati
Tempuhi hari demi hari
Menjadi rakan inovasi
Menyemai bakti budi
Berilmu, berbudaya dan berketrampilan
Ikrar kami
Mendaki ke puncak jaya
1Belia 1Malaysia

URUSETIA SUKANEKA TAHUNAN TADIKA KEMAS













KELAB ANAK MOI MBFM FELDA JENGKA 3

PRIMA ANAK MOY




JAMUAN MERDEKA RAYA MBFM FELDA JENGKA 3 2011

MOH KITA SAMA-SAMA LIHAT BLOG PERSATUAN BELIA MBFM FELDA JENGKA 3