Monday 1 January 2007

PERLEMBAGAAN MBFM

PERLEMBAGAAN

ISI KANDUNGAN

BAB
FASAL
MUKA SURAT

BAB YANG PERTAMA
PERKARA-PERKARA ASAS
FASAL 1
NAMA
4
FASAL 2 
ALAMAT
4
FASAL 3
LOGO, BENDERA, COGANKATA DAN PAKAIAN RASMI
4
FASAL 4
ASAS DAN TUJUAN
5-6
FASAL 5
KEAHLIAN
6
FASAL 6
PENDAFTARAN KEAHLIAN

6-7
FASAL 7
TANGGUNGJAWAB DAN HAK AHLI

7
FASAL 8
SUSUNAN DAN PENTADBIRAN MBFM
7-8
FASAL 9
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

8-9
FASAL 10
JAWATAN KUASA KERJA TERTINGGI KEBANGSAAN (JKKT)
9-10
FASAL 11
KEWAJIPAN DAN JAWATAN KUASA KERJA TERTINGGI
11-12
FASAL 12
TUGAS JAWATAN KUASA KERJA TERTINGGI KEBANGSAAN
12-14


BAB YANG KEDUA
SUSUNAN PENTADBIRAN MBFM NEGERI
FASAL 13
SUSUNAN PERHUBUNGAN NEGERI MBFM NEGERI
15
FASAL 14
KEWAJIPAN DAN KUASA JAWATANKUASA KERJA MBFM NEGERI
16-17
FASAL 15
TUGAS AHLI-AHLI JAWATANKUASA KERJA MBFM NEGERI
17-19

BAB YANG KETIGA
SUSUNAN PENTADBIRAN MBFM WILAYAH
FASAL 16
SUSUNAN DAN PENTADBIRAN MBFM WILAYAH
20
FASAL 17
MESYUARAT PERWAKILAN TAHUNAN MBFM WILAYAH
20-21
FASAL 18
TUGAS-TUGAS  MESYUARAT PERWAKILAN WILAYAH
21-22
FASAL 19
MESYUARAT PERWAKILAN LUAR BIASA MBFM WILAYAH
22
FASAL 20
JAWATANKUASA KERJA MBFM WILAYAH
22-23
FASAL 21
KEWAJIPAN DAN KUASA JAWATANKUASA KERJA MBFM WILAYAH
23-24
FASAL 22
TUGAS AHLI-AHLI JAWATANKUASA KERJA WILAYAH
24-26

BAB YANG KEEMPAT
SUSUNAN PENTADBIRAN CAWANGAN MBFM
FASAL 23
SUSUNAN DAN PENTADBIRAN CAWANGAN MBFM
27-28
FASAL 24
PEJABAT SETIAUSAHA CAWANGAN
28
FASAL 25
JAWATANKUASA CAWANGAN MBFM
28-29
FASAL 26
TUGAS AHLI-AHLI JAWATANKUASA KERJA CAWANGAN MBFM
29-30

BAB YANG KELIMA
PERKARA-PERKARA AM
FASAL 27
TAFSIRAN
31
FASAL 28
DISIPLIN MBFM
32
FASAL 29
PUNCA PENDAPATAN
32
FASAL 30
YURAN MBFM
32-33
FASAL 31
KEWANGAN
33-34
FASAL 32
JURUAUDIT ATAU PEMERIKSA KIRA-KIRA
34
FASAL 33
MEMINDA PERLEMBAGAAN
34
FASAL 34
MAJLIS PERUNDINGAN BELIA FELDA
35
FASAL 35
PERTIKAIAN DALAMAN
35
FASAL 36
PEMEGANG AMANAH
35-36
FASAL 37
PINDAAN PERLEMBAGAAN
36
FASAL 38
LARANGAN
36
FASAL 39
PEMBUBARAN
37











PERLEMBAGAAN
MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA

BAB YANG PERTAMA
PERKARA-PERKARA ASAS

FASAL 1
NAMA
Pertubuhan ini dikenali dengan nama Majlis Belia Felda Malaysia atau nama ringkasnya “MBFM”


FASAL 2 
ALAMAT

Alamatnya ialah         :           Tingkat 1, Blok B
                                                Anjung Felda
                                                Jalan Maktab
                                                54000 Kuala Lumpur

dan Ibu Pejabatnya akan ditetapkan dari masa ke semasa di dalam Mesyuarat Agung Tahunan dengan Persetujuan Pendaftar Pertubuhan Belia.


FASAL 3

LOGO, BENDERA, COGANKATA DAN PAKAIAN RASMI

3.1       LOGO
Lambang MAJLIS terdiri dari satu perisai dengan gambar tiga manusia yang mengangkatkan tangan ke atas dan diapit oleh bunga padi di kiri dan kanan. Ini mencerminkan semangat perpaduan, kerjasama serta kegiatan-kegiatan MAJLIS. Warna yang digunakan ialah hitam, jingga dan putih serta bunga padi dijadikan lambang kegiatan pertanian oleh belia-belia.
3.2       BENDERA
            Warna Jingga dan Putih dan berlogokan MBFM
3.3       COGAN KATA
            Berilmu Berbudaya Berketrampilan
3.4       PAKAIAN RASMI
            Kemeja berwarna putih dan berlogo MBFM

FASAL 4
ASAS DAN TUJUAN

MBFM adalah sebuah pertubuhan belia yang berjuang mendukung cita-cita Malaysia demi mengekalkan maruah dan martabat agama, bangsa dan Negara.

4.1       Untuk menggalakkan dan menguatkan pergerakan persatuan belia di dalam Rancangan Felda di seluruh Malaysia.

4.2       Untuk menjadi satu badan perunding dan penyelaras yang akan menyusun pergerakan belia di dalam Rancangan Felda di seluruh Malaysia.

4.3       Untuk mengembangkan dan menguatkan perhubungan antara persatuan-persatuan belia di setiap MBFM Wilayah dan MBFM Negeri dengan mengadakan perhimpunan,  pameran dan aktiviti sosial.

4.4       Untuk mewakili belia Felda dan memajukan sokongan–sokongan kepada kerajaan dan badan-badan yang diakui sah.

4.5       Untuk menggalakkan dan memajukan pemimpin-pemimpin dewasa mengambil berat peranan belia.

4.6       Untuk menumpukan taat setia kepada Negara, menggalakkan fahaman di dalam hidup aman damai antara kaum melalui pergerakan-pergerakan belia.

4.7       Untuk menggalakkan persatuan-persatuan belia di dalam Felda mengambil tanggungjawab yang penuh di dalam lapangan sivik dan penghidupan bermasyarakat.

4.8       Untuk menyokong dan memberi kerjasama kepada kerajaan di dalam rancangan pembangunan kemajuan luar bandar.

4.9       Menyebar dan mengeluarkan penyiaran, penerbitan dan penerangan di atas kegiatan-kegiatan belia MBFM khasnya dan belia lain amnya, dengan kebenaran pihak berkuasa terlebih dahulu.

4.10     a)         Menjalan,   mentadbir,   menguasa   dan   menyeliakan   apa-apa perniagaan bersendirian atau perkongsian atau secara perusahaan bersama dengan sesiapa orang jua pun, perbadanan, yang difikirkan sesuai oleh MAJLIS.

b)                 Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh MAJLIS ini, hasil dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan akan digunakan semata-mata melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan MAJLIS ini, dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli MAJLIS. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran gaji atau perbelanjaan atau kedua-dua sekali kepada sebarang ahli atau pekerja MAJLIS ini kerana memberikan perkhidmatan kepada MAJLIS.

4.11     Mengadakan dan menjalankan kutipan derma atau apa-apa kutipan faedah tabung MAJLIS tertakluk kepada kebenaran berkuasa jika berkenaan.


FASAL 5
KEAHLIAN

5.1  Ahli-ahli MBFM adalah Ahli Biasa

5.2              Ahli Biasa ialah Warganegara Malaysia dan Seorang Ahli Biasa hendaklah :-

(a)       Warganegara Malaysia yang berumur 15 tahun hingga 40 tahun pada tahun berkenaan melainkan seseorang itu masih lagi menjadi  Jawatankuasa atau dipilih.

(b)      Mengaku menurut syarat-syarat menjadi ahli, sanggup menerima dan menurut Perlembagaan dan dasar-dasar MBFM.

(c)       Tidak menjadi ahli atau memegang apa-apa jawatan sebarang Pertubuhan Belia yang lain kecuali Pertubuhan Unit Beruniform.


FASAL 6
PENDAFTARAN KEAHLIAN

6.1       Tiap-tiap belia, generasi baru Felda dan warga Felda berhak mendaftar diri sebagai ahli MBFM mengikut Perlembagaan dan peraturannya.

6.2       Permohonan mendaftar sebagai ahli biasa hendaklah dikemukaan kepada Jawatankuasa MBFM Cawangan yang dikehendaki menerima dan meluluskan permohonan tersebut.

6.3       Borang pendaftaran menjadi ahli hendaklah ditandatangani oleh pemohon dan seorang pencadang dari ahli daripada MBFM Cawangan di mana ia memohon menjadi ahli dan hendaklah disertakan dengan bayaran wang pendaftaran dan yuran mengikut Fasal 30.1

6.4       Jika permohonan pemohon tidak didaftarkan sebagai ahli dalam tempoh satu bulan, ia boleh melaporkan hal ini kepada Jawatankuasa MBFM Wilayah atau MBFM Negeri dan Jawatankuasa MBFM Wilayah atau MBFM Negeri mesti menyelesaikan masalah tersebut.


6.5       Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan (JKKT) berhak membuat apa-apa keputusan atas mana-mana permohonan pendaftaran keahlian atau taraf sesuatu pendaftaran itu (termasuk menarik balik pendaftaran) dan keputusan itu adalah muktamad.


FASAL 7
TANGGUNGJAWAB DAN HAK AHLI

Tiap-tiap ahli mempunyai hak-hak yang berikut :-

7.1       Bercakap dan mengemukakan pendapat-pendapat dan mengundi di dalam mesyuarat-mesyuarat MBFM.

7.2       Memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam MBFM.

7.3       Ahli-ahli yang tidak menjadi perwakilan ke Mesyuarat Agung MBFM Wilayah atau Mesyuarat Agung Tahunan boleh dicalonkan dan bertanding di peringkat yang berkenaan sekiranya memenuhi syarat di bawah Fasal 28 dan Fasal 30.

7.4       Ahli yang tidak hadir di Mesyuarat Agung Tahunan boleh dicalonkan dan bertanding sebarang jawatan atau menjadi perwakilan ke Mesyuarat Agung yang berkaitan selepasnya dengan menyatakan persetujuannya secara bertulis.

7.5       Seseorang ahli itu tidak berhak menjadi ahli lebih daripada satu MBFM Cawangan dan tidak boleh mewakilkan hak mengundinya kepada sesiapa jua pun.


FASAL 8

SUSUNAN DAN PENTADBIRAN MBFM


8.1.      Bentuk susunan Pentadbiran dan Wilayah kuasa adalah seperti berikut :-

(a)              KEBANGSAAN     -          iaitu Mesyuarat Agung Tahunan atau waktu ketiadaannya, Jawatankuasa Kerja Tertinggi.

(b)              NEGERI                  -        iaitu Mesyuarat Agung atau kovensyen Negeri atau waktu ketiadaannya Jawatan kuasa Kerja Negeri.

(c)              WILAYAH              -        iaitu Mesyuarat Agung Wilayah atau  waktu ketiadaanya Jawatankuasa Kerja Wilayah.

(d)              CAWANGAN          -        iaitu Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan atau waktu ketiadaanya Jawatankuasa Kerja Cawangan.

8.2.      Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan adalah menjadi badan yang menjalankan pentadbiran hal ehwal MBFM dibawah kekuasaan dan perintah Mesyuarat Agung Tahunan. dan Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan adalah berkuasa menjalankan sebarang langkah bagi pihak Mesyuarat Agung Tahunan pada masa ketiadaanya, tetapi segala langkahnya hendaklah dimaklumkan kepada Mesyuarat Agung Tahunan.


FASAL 9
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

9.1              Mesyuarat Agung Tahunan adalah kuasa tertinggi pertubuhan belia dan perjalanan pertubuhan belia adalah berasaskan kepada kuasa dan perintahnya tertakluk kepada Perlembagaan dan juga Peraturan MBFM.

9.2              Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan sekali dalam setahun pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan dengan syarat tidak lewat daripada 18 bulan dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu

9.3              Tugas-tugas Mesyuarat Agung Tahunan ialah :-
(a)       Menentukan dasar-dasar pertubuhan belia.
(b)       Mengkaji kerja-kerja Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan.
(c)       Tertakluk kepada Fasal 10 memilih Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan.
(d)       Memilih Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan melantik Juruaudit untuk tempoh Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan.

9.4              Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah terdiri daripada :-
(a)       Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap.
(b)       Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan.
(c)       Perwakilan yang dipilih oleh Mesyuarat Agung Tahunan MBFM Wilayah seramai sepuluh (10) orang.
(d)       Pengerusi MBFM Wilayah  yang menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja MBFM Kebangsaan berhak melantik gantinya dikalangan ahli-ahli wilayahnya.

9.5              Mesyuarat Agung Khas hendaklah diadakan apabila dikehendaki oleh salah satu daripada tiga permintaan yang berikut :-
(a)       Dengan kehendak Presiden.
(b)       Dengan permintaan bertulis daripada dua pertiga Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan.
(c)       Dengan permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya satu per dua daripada jumlah semua MBFM Wilayah itu telah mengadakan Mesyuarat Agung Khas atas masalah yang sama.
(d)       Mengikut Fasal 9.5 (c) di atas Setiausaha Agung hendaklah memanggil Mesyuarat Agung Khas itu. Jika Setiausaha Agung tidak berbuat demikian dalam tempoh empat belas hari selepas tarikh permohonan daripada MBFM Wilayah yang terakhir itu diterima maka Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah dipanggil oleh Pengerusi Tetap atau Timbalan Pengerusi Tetap.

9.6              Satu perdua (1/2) dari jumlah perwakilan wilayah atau 4 kali jumlah JKKT MBFM atau mana yang lebih kurang sepatutnya hadir adalah cukup koram.

9.7              Kiranya tidak cukup koram hendaklah ditangguhkan Mesyuarat Perwakilan Tahunan ATAU Mesyuarat Agung Khas itu kepada satu masa yang ditetapkan oleh JKKT MBFM dan jika kemudian koram tidak juga cukup, perwakilan yang hadir berkuasa menjalankan mesyuarat tersebut.  


FASAL 10
JAWATANKUASA KERJA TERTINGGI KEBANGSAAN (JKKT)

10.1         Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan adalah menjadi badan yang menjalankan pentadbiran hal-ehwal MBFM di bawah kekuasaan dan perintah Mesyuarat Agung Tahunan dan JKKT adalah berkuasa menjalankan sebarang langkah bagi pihak Mesyuarat Agung Tahunan pada masa ketiadaannya tetapi segala langkahnya itu hendaklah dimaklumkan kepada Mesyuarat Agung Tahunan.

10.2         Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan hendaklah terdiri daripada:-
(a)       Seorang Presiden
(b)       Seorang Timbalan Presiden
(c)       Seorang Naib Presiden 1
(d)       Seorang Naib Presiden 2
(e)       Seorang Naib Presiden 3 (Wanita)
(f)        Seorang Naib Presiden 4 (Remaja) - tidak melebihi umur 25 tahun
(g)       Seorang Setiausaha Agung
(h)       Seorang Penolong Setiausaha Agung
(i)        Seorang Bendahari Agung
(j)        Seorang Penolong Bendahari Agung
(k)       Seorang Ketua Penerangan
(l)        Sebelas orang Ahli Jawatan Kuasa
(m)      Lima orang yang dilantik oleh Presiden
10.3         Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden 1, Naib Presiden 2, Naib Presiden 3 (Wanita) dan Sebelas orang Ahli Jawatankuasa adalah dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan (pemilihan) tiap-tiap 2 tahun sekali.

10.4         Naib Presiden Remaja, Setiausaha Agung, Penolong Setiausaha Agung, Bendahari Agung, Penolong Bendahari Agung, Ketua Penerangan dan 5 orang Ahli Jawatankuasa yang dilantik oleh Presiden dan memegang jawatan mereka selama tempoh Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan kecuali mereka berhenti dan meletak jawatan atau diberhentikan dan dipecat atas kuasa Presiden.

10.5         Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap hendaklah di pilih tiap-tiap 2 tahun sekali, tidak mempunyai status Pegawai dalam Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan dan hanya bertanggungjawab dalam urusan pengendalian Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Khas.

10.6         Dua orang Juru Audit Dalaman atau Pemeriksa Kira-kira hendaklah di pilih tiap-tiap 2 tahun sekali, tidak mempunyai status Pegawai dalam Jawatan Kuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan dan hanya bertanggungjawab dalam urusan memeriksa kira-kira Akaun dan Harta MBFM.

10.7         Bagi menentukan perjalanan dan urusan pentadbiran MBFM berjalan lancar, Jawatankuasa Eksekutif boleh menjalankan tugasan bagi pihak JKKT dari semasa ke semasa.

10.8         Jawatankuasa Eksekutif terdiri daripada :-
(a)       Seorang Presiden
(b)       Seorang Timbalan Presiden
(c)       Seorang Naib Presiden 1
(d)       Seorang Naib Presiden 2
(e)       Seorang Naib Presiden 3 (Wanita)
(f)        Seorang Naib Presiden 4 (Remaja) - tidak melebihi umur 25 tahun
(g)       Seorang Setiausaha Agung
(h)       Seorang Penolong Setiausaha Agung
(i)        Seorang Bendahari Agung
(j)        Seorang Penolong Bendahari Agung
(k)       Seorang Ketua Penerangan






FASAL 11

KEWAJIPAN DAN JAWATANKUASA KERJA TERTINGGI


Kewajipan-kewajipan dan kuasa Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan adalah seperti berikut :-

11.1         Berkuasa melantik Jawatankuasa Kecil tertentu untuk mengemaskan perjalanan MBFM.

11.2     Membentuk asas, dasar dan perancangan dalam perlaksanaan FASAL 3 dalam Perlembagaan ini.

11.3         Mengikhtiarkan penubuhan MBFM negeri dan menyesuaikan perjalanannya mengikut Perlembagaan, memerhatikan serta mengawal perjalanan MBFM Wilayah dan MBFM Negeri.

11.4         Membentangkan kepada Perhimpunan Agung Tahunan satu laporan lengkap bagi menerangkan prestasi serta penyata kewangan yang telah diperiksa dan disahkan.

11.5         Berkuasa menggantungkan Jawatankuasa MBFM Cawangan, Wilayah dan Negeri, jika didapati perjalanan sesuatu MBFM Cawangan, Wilayah dan Negeri itu bertentangan dengan Perlembagaan MBFM.

11.6     Menyelesaikan perselisihan yang berbangkit dikalangan semua peringkat MBFM dan memutuskan segala rayuan samada daripada ahli-ahli atau Ahli Jawatankuasa setelah diminta oleh MBFM Wilayah atau Negeri.

11.7         Membuat peraturan-peraturan tetap berkenaan dengan penubuhan Persatuan, tatatertib ahli-ahli Mesyuarat dan Perhimpuanan Agung Tahunan dan lain-lain yang difikirkan perlu bagi melaksanakan tujuan-tujuan MBFM dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan Perlembagaan MBFM.

11.8         Memutuskan rayuan-rayuan dan seseorang yang telah ditolak menjadi ahli oleh Jawatankuasa Kerja MBFM Wilayah atau Negeri.

11.9         Menjalankan sebarang usaha bersama dengan kumpulan-kumpulan atau pertubuhan-pertubuhan lain atas hal-hal yang bersesuaian dengan Perlembagaan MBFM.

11.10     Memilih ahli-ahli bagi mewakili MBFM di dalam sebarang kumpulan atau jemaah majlis mesyuarat dan sebagainya.

11.11     Memberhentikan seorang Ahli Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan selain daripada Presiden dengan persetujuan sekurang-kurangnya 2/3 daripada Ahli JKKT tersebut tidak boleh diganti.

11.12     Memberi kebenaran bertulis kepada seseorang ahli yang telah dipecat atau menarik diri daripada MBFM untuk diterima balik.

11.13     Menjalankan sebarang pekerjaan atau apa jua langkah selain daripada perkara-perkara yang tersebut di atas bagi kesempurnaan perjalanan MBFM.

11.14     Keputusan Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan adalah muktamad jika tidak dibatalkan oleh Perhimpunan Agung Tahunan.


FASAL 12

TUGAS JAWATANKUASA KERJA TERTINGGI KEBANGSAAN



12.1         PRESIDEN

Presiden adalah bertanggungjawab:-

(a)             Memanggil dan mempengerusikan semua mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan.

(b)             Menjadi Presiden MBFM yang bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan MBFM keseluruhannya.

(c)              Mengawasi segala pentadbiran dan perjalanan MBFM.

(d)             Melantik dan menggugurkan Naib Presiden 4 (Remaja), Setiausaha Agung, Penolong Setiausaha Agung, Bendahari Agung, Penolong Bendahari Agung dan Ketua Penerangan.

(e)             Melantik dan menggugurkan 5 orang Ahli Biasa Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan.

(f)               Menandatangani cek-cek bersama-sama dengan Bendahari Agung.

(g)             Mengumumkan sesuatu perkara MBFM kepada orang bukan ahli atau kepada lain-lain Pertubuhan atau mana-mana sebaran am.

(h)             Mewakili MBFM dalam Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia.


12.2         TIMBALAN PRESIDEN

Timbalan Presiden adalah bertanggungjawab:-

(a)  Memangku tugas-tugas Presiden Ketika Ketiadaan Presiden.

(b)      Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan semasa ketiadaan Presiden.


12.3         NAIB-NAIB PRESIDEN

Naib-naib Presiden adalah bertanggungjawab:-

(a)  Membantu tugas-tugas Presiden.

(b)                Mempengerusikan Mesyuarat JKKT Kebangsaan semasa ketiadaan Presiden dan Timbalan Presiden.

12.4.   SETIAUSAHA AGUNG

Setiausaha Agung adalah bertanggungjawab:-

(a)        Secara langsung kepada Presiden.

(b)              Melaporkan kepada Presiden segala tindakan yang dijalankan                         berhubung dengan pentadbiran Ibu Pejabat. 
             
(c)       Mendapat persetujuan daripada Presiden berkenaan dengan pengambilan pegawai-pegawai dan anggota-anggota Ibu Pejabat dan juga pemberhentian mereka itu.

(d)              Mengurus panggilan mesyuarat-mesyuarat atas arahan dan persetujuan Presiden serta menghadiri dan menulis minit mesyuarat tersebut.

(e)  Mengawal kerja-kerja kakitangan.

(f)                Mengendali surat-menyurat, buku-buku, dokumen-dokumen dan lain-lainnya dengan teratur.

(g)  Menjadi Setiausaha kepada Majlis Perundingan Generasi Baru Felda.

(h)  Menyimpan daftar ahli.


12.5.    PENOLONG SETIAUSAHA AGUNG

(a)        Membantu Setiausaha Agung menjalankan tugasnya.

(b)        Memangku jawatan Setiausaha Agung dalam masa ketiadaannya.


12.6.   BENDAHARI AGUNG

(a)        Menerima dan membayar segala wang bagi pihak MBFM.

(b)       Menyimpan buku kira-kira dengan teratur.

(c)        Menyediakan dan membentangkan Penyata Kewangan bagi tiap-tiap mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan dan Perhimpunan Agung Tahunan.

(d)        Menandatangani segala cek-cek bagi pihak MBFM bersama-sama dengan Presiden.


12.7.   PENOLONG BENDAHARI AGUNG

(a)        Membantu Bendahari Agung menjalankan tugasnya.

(b)        Memangku jawatan Bendahari Agung dalam masa ketiadaannya.
12.8.    KETUA PENERANGAN

(a)       Bertanggungjawab dan berkeupayaan dalam kegiatan penerangan dan melaporkan kepada Presiden dan Jawatan Kuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan.

(b)      Mentadbir Jabatan Penerangan di Ibu Pejabat dan menyusun kerja-kerja Pegawai di dalam Jabatan itu.


12.9.    AHLI JAWATANKUASA KERJA TERTINGGI KEBANGSAAN

Bertanggungjawab membantu Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan melaksanakan tugas yang ditentukan.
































BAB YANG KEDUA
SUSUNAN PENTADBIRAN MBFM NEGERI


FASAL 13
SUSUNAN PERHUBUNGAN NEGERI MBFM NEGERI

13.1         Perhubungan Negeri hanya boleh ditubuhkan dengan kelulusan oleh Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan di tiap-tiap Negeri dan Wilayah Persekutuan.

13.2         Pentadbiran MBFM Negeri adalah di bawah kekuasaan dan arahan Mesyuarat Perwakilan Tahunan atau kovensyen tetapi Mesyuarat Perwakilan Tahunan itu sendiri tertakluk di bawah Perlembagaan Pentadbiran MBFM Negeri dan di bawah kekuasaan dan arahan Mesyuarat Perwakilan Tahunan.

13.3         Tahun kewangan MBFM Negeri ialah bermula dari 1 JANUARI dan berakhir pada 31 DISEMBER.

13.4         Perhubungan Negeri terdiri daripada:-
(a)              Seorang Pengerusi
(b)              Seorang Timbalan Pengerusi.
(c)               Seorang Naib Pengerusi 1
(d)              Seorang Naib Pengerusi 2
(e)              Seorang Naib Pengerusi 3 (Wanita)
(f)                Seorang Setiausaha
(g)              Seorang Bendahari
(h)              Seorang Ketua Penerangan.
(i)                Ahli-ahli Biasa  Jawatankuasa Negeri yang Terdiri daripada;

(i)        Pengerusi Wilayah. Jika Pengerusi memegang Jawatan sebagai Pegawai maka akan diganti oleh Timbalannya.

(ii)              7 orang yang dilantik oleh Pengerusi.

13.5         Naib-naib Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan dilantik oleh Pengerusi dan akan memegang jawatan mereka selama tempoh JKKT kecuali mereka berhenti atau diberhentikan oleh Pengerusi.

13.6         Mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan Negeri jika Pengerusi  tidak dapat hadir, Timbalan Pengerusi berhak mengambil tempat Pengerusi.

13.7         Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri hendaklah dilantik oleh Presiden yang mereka memegang jawatan masing-masing selama tempoh Jawatan Kuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan tetapi boleh berhenti atau diberhentikan oleh Presiden pada bila-bila masa.

FASAL 14
KEWAJIPAN DAN KUASA JAWATANKUASA KERJA MBFM NEGERI

Kewajipan-kewajipan dan kuasa Jawatankuasa Kerja MBFM Negeri adalah seperti berikut:-

14.1         Berkuasa melantik Jawatankuasa Kecil untuk mengemaskan perjalanan MBFM Negeri.

14.2         Membentuk asas, dasar dan rancangan dalam perlaksanaan Fasal 4 dalam Perlembagaan MBFM.

14.3         Mengiktiraf penubuhan MBFM Wilayah dan menyesuaikan perjalanannya mengikut Perlembagaan, memerhati serta mengawal perjalanan MBFM Wilayah.

14.4         Membentangkan kepada Mesyuarat Perwakilan Tahunan atau kovensyen satu laporan lengkap bagi menerangkan perjalanan MBFM Negeri termasuk maju mundur, kekuatan dan kelemahan serta Penyata Kewangan yang telah diperiksa dan disahkan.

14.5         Menyelesaikan perselisihan yang berbangkit di kalangan Persatuan dan memutuskan segala rayuan samada daripada ahli-ahli atau Ahli Jawatankuasa setelah diminta oleh MBFM Wilayah.

14.6         Menjalankan sebarang usaha bersama dengan kumpulan-kumpulan atau pertubuhan-pertubuhan lain atas hal-hal yang sesuai dengan Perlembagaan MBFM.

14.7            Memilih ahli-ahli bagi mewakili MBFM di dalam sebarang kumpulan atau jemaah atau Majlis Mesyuarat dan sebagainya.

14.8            Memantau serta mengawal selia Mesyuarat Perwakilan MBFM Wilayah ATAU Cawangan.

14.9            Wakil JKKT Kebangsaan boleh hadir dan mengambil bahagian dalam sebarang mesyuarat sebagai pemantau Perhubungan Negeri tetapi tidak boleh mengundi.

14.10       Perhubungan Negeri hendaklah bersidang atau bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam masa dua bulan, atau;

(a)  Pada bila-bila masa dikehendaki oleh Pengerusi atau;
(b)  Dengan permintaan bertulis daripada satu pertiga daripada bilangan ahli-ahlinya.

14.11  Jika Setiausaha tidak memanggil mesyuarat mengikut Fasal 14.10 selepas 14 hari daripada tarikh permohonan itu diterima maka ahli-ahli yang memohon itu boleh mengadakan mesyuarat itu dengan syarat semua ahli hendaklah dijemput hadir.
14.12     Satu perdua (1/2) daripada bilangan Ahli Jawatankuasa Perhubungan Negeri adalah menjadi cukup bilang menjalankan mesyuaratnya.

14.13     Perhubungan Negeri hendaklah mengadakan konvensyen di peringkat Negeri dan Wilayah Persekutuan yang mengandungi wakil-wakil daripada Cawangan-cawangan. JKKT Kebangsaan berkuasa menentukan syarat-syarat dan lain-lain perkara berhubung dengan Konvensyen itu.

14.14     Di dalam tiap-tiap Mesyuarat Perhubungan Negeri jika Pengerusi dan Timbalannya tidak hadir maka salah seorang daripada ahli yang hadir itu boleh dipilih menjadi Pengerusi.

14.15     Satu perdua (1/2) dari jumlah wakil-wakil cawangan atau 4 kali jumlah Jawatankuasa Kerja MBFM Negeri atau mana yang lebih kurang sepatutnya hadir adalah cukup koram untuk menjalankan Mesyuarat Perwakilan Agung Tahunan atau Kovensyen.

14.16     Kiranya tidak cukup koram hendaklah ditangguhkan Mesyuarat Perwakilan Agung Tahunan atau kovensyen itu kepada satu masa yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja MBFM Negeri dan jika kemudian koram tidak juga mencukupi, perwakilan yang hadir berkuasa menjalankan mesyuarat tersebut.  


FASAL 15

TUGAS AHLI-AHLI JAWATANKUASA KERJA MBFM NEGERI


Tugas-tugas Pegawai-pegawai Jawatankuasa Kerja MBFM Negeri adalah seperti berikut :-


15.1         PENGERUSI

(a)       Mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Kerja MBFM Negeri.

(b)                   Menandatangani cek-cek MBFM Negeri bersama-sama dengan Bendahari.

(c)       Mengawasi segala pentadbiran dan perjalanan MBFM Negeri.

(d)       Melantik dan mengugurkan Naib-naib Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari, Ketua Penerangan dan 7 orang Ahli Biasa Jawatankuasa Kerja MBFM Negeri.

(e)       Mewakili Jawatankuasa Kerja MBFM Negeri dalam Majlis Perundingan
Generasi Baru Felda.



15.2         TIMBALAN PENGERUSI

(a)              Akan memangku tugas Pengerusi dalam masa ketiadaannya.


15.3         NAIB-NAIB PENGERUSI

(a)       Memangku tugas-tugas Pengerusi dalam masa ketiadaan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi mengikut kekanan.
        
(b)       Mempengerusikan Mesyuarat Perwakilan Jawatankuasa Kerja Negeri apabila Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tidak hadir.


15.4.  SETIAUSAHA

         Setiausaha adalah bertanggungjawab :-

(a)       Secara langsung kepada Pengerusi.

(b)       Melaporkan kepada Pengerusi segala tindakan yang dijalankan berhubung   dengan pentadbiran pejabat.

(c)       Mendapat persetujuan daripada Pengerusi berkenaan dengan pengambilan Pegawai dan anggota-anggota pejabat dan juga atas perberhentian mereka itu.

(d)       Menguruskan panggilan mesyuarat-mesyuarat atas arahan dan persetujuan Pengerusi serta menghadiri dan menulis Minit Mesyuarat tersebut.

(e)       Mengawasi kerja-kerja kakitangan.

(f)        Atas surat-menyurat, buku-buku, dokumen-dokumen dan lain-lain dengan teratur.

(g)       Menyimpan daftar ahli.

(h)       Mengadakan pejabat yang mana hendaklah ditempatkan di pusat pentadbiran Negeri atau di mana-mana yang ditentukan oleh Ahli Jaawatankuasa Kerja MBFM Negeri, dan melaporkan kepada Setiausaha Agung alamat pejabat tersebut.


15.5.    BENDAHARI

(a)       Bertanggungjawab menerima dan membayar segala wang bagi pihak MBFM Negeri.

(b)             Menyimpan buku kira-kira dengan teratur.

(c)              Menyediakan Penyata Kewangan bagi tiap-tiap mesyuarat Jawatankuasa Kerja MBFM Negeri dan Mesyuarat Perwakilan  Agung Tahunan atau Konvensyen.

(d)             Menandatangani segala cek-cek bagi pihak MBFM Negeri bersama-sama dengan Pengerusi.


15.6.    KETUA PENERANGAN

(a)       Bertanggungjawab dan keupayaan dalam kegiatan penerangan dan melaporkan kepada Pengerusi dan Jawatan Kuasa Kerja di Peringkat Negeri.

(b)      Mentadbir Jabatan Penerangan dan menyusun kerja-kerja Pegawai di dalam jabatan itu.


15.7.    AHLI-AHLI BIASA JAWATANKUASA NEGERI

Bertanggungjawab melaksanakan tugas yang ditentukan.





























BAB YANG KETIGA
SUSUNAN PENTADBIRAN MBFM WILAYAH


FASAL 16

SUSUNAN DAN PENTADBIRAN MBFM WILAYAH


16.1         MBFM Wilayah hendaklah ditubuhkan di setiap Wilayah Pentadbiran FELDA.

16.2         Tahun Kewangan MBFM Wilayah ialah bermula daripada 1 JANUARI dan berakhir pada 31 DISEMBER.

16.3         Penubuhan MBFM Wilayah hendaklah dengan persetujuan dan diiktiraf oleh JKKT Kebangsaan.

16.4         Bila difikirkan perlu diatas kepentingan MBFM bolehlah ditubuhkan sebuah Daerah Kecil dalam MBFM Wilayah dan ianya menjadi sebahagian stuktur MBFM Wilayah itu sendiri.

16.5         MBFM Wilayah berkuasa atas budi bicara menubuhkan MBFM Daerah Kecil dan hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya 3 MBFM Cawangan bagi membolehkannya untuk bergabung atau membawa kepentingan dibawahnya di setiap Daerah.

 

FASAL 17
MESYUARAT PERWAKILAN TAHUNAN MBFM WILAYAH

17.1.    Mesyuarat Perwakilan Tahunan MBFM Wilayah hendaklah diadakan pada tiap-tiap tahun tidak lewat dari 30 April, tetapi dengan kehendak Pengerusi MBFM Wilayah bolehlah didahulukan atau ditangguhkan dengan syarat tidak lewat daripada tarikh diadakan Konvensyen Peringkat MBFM Negeri dan Mesyuarat Perwakilan MBFM Kebangsaan.  

17.2         Mesyuarat Perwakilan Tahunan MBFM Wilayah terdiri daripada :-

(a)              Jawatankuasa Kerja MBFM Wilayah.

(b)              Perwakilan Cawangan yang dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan MBFM Cawangan mengikut kadar 2 orang termasuk Pengerusi MBFM Cawangan bagi 50 atau kurang orang ahli biasa cawangan yang pertama  dan seorang perwakilan tambahan bagi 50 orang ahli biasa selebihnya tetapi tidak melebihi 10 orang perwakilan bagi sesuatu cawangan  yang telah menjelaskan yurannya.

(c)       Pengerusi MBFM Cawangan  yang menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja MBFM Wilayah berhak melantik gantinya (berstatus Perwakilan) dari kalangan ahli-ahli cawangannya.

 

17.3.    Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja MBFM Wilayah tidak boleh dipilih menjadi perwakilan kepada cawangan.

 

17.4.    Hanya perwakilan sahaja boleh dan layak mengundi. Pengerusi mesyuarat boleh memutuskan sesuatu apabila undi terbahagi sama banyak.      


17.5.    Pemberitahu Notis dan Agenda Mesyuarat Perwakilan Tahunan kepada Setiausaha MBFM Cawangan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh mesyuarat perwakilan tahunan itu diadakan, segala usul-usul dan cadangan-cadangan hendaklah sampai ke tangan Setiausaha MBFM Wilayah selewat-lewatnya 7 hari sebelum mesyuarat perwakilan tahunan diadakan. 

17.6         Satu perdua (1/2) dari jumlah perwakilan cawangan atau 4 kali jumlah Jawatan Kuasa Kerja MBFM Wilayah atau mana yang lebih kurang sepatutnya hadir adalah cukup koram.

17.7         Kiranya tidak cukup koram hendaklah ditangguhkan Mesyuarat Perwakilan Tahunan itu kepada satu masa yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja MBFM Wilayah.

17.8.    Membentangkan kepada Mesyuarat Perwakilan Tahunan laporan-laporan daripada Jawatankuasa Kerja MBFM Wilayah memutuskan sebarang perkara mengenai MBFM Wilayah, melantik ahli-ahli Jawatankuasa dan Pemeriksa Kira-kira serta membincangkan dan memutuskan perkara-perkara lain yang terkandung dalam agenda.



FASAL 18

TUGAS-TUGAS MESYUARAT PERWAKILAN WILAYAH


18.1         Membincangkan dasar-dasar MBFM untuk dikemukakan dalam Konvensyen Peringkat MBFM Negeri.

18.2         Memilih Ahli Jawatankuasa Kerja MBFM Wilayah.

18.3         Bagi Ahli-ahli yang hendak bertanding Jawatankuasa Kerja MBFM Wilayah hendaklah mendapat sekurang-kurangnya 2 pencalonan dari 2 buah MBFM Cawangan yang berbeza.

18.4         Memilih wakil-wakil MBFM Wilayah ke Mesyuarat Perwakilan Negeri atau Konvensyen dan seramai 10 orang perwakilan ke Mesyuarat Agung Tahunan MBFM Kebangsaan. Perwakilan yang dipilih diluar Mesyuarat Perwakilan MBFM Wilayah atau sebarang pertukaran selepas itu tidak sah.


18.5         Mencadangkan Pengerusi  Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan 2 orang Pemeriksa Kira-kira di peringkat MBFM Kebangsaan.

18.6         Mencadangkan nama calon-calon untuk menjadi Ahli Jawatankuasa di peringkat MBFM Kebangsaan mengikut fasal 10.


FASAL 19

MESYUARAT PERWAKILAN LUAR BIASA MBFM WILAYAH


19.1         Mesyuarat Perwakilan Luar Biasa MBFM Wilayah yang sama seperti Mesyuarat Perwakilan Tahunan MBFM Wilayah bolehlah diadakan pada bila-bila masa mengikut satu dari syarat-syarat berikut :-

(a)               Dengan permintaan bertulis 2/3 Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja MBFM Wilayah menyatakan sebab perlunya Mesyuarat Perwakilan Luar  Biasa diadakan.

(b)       Dengan permintaan bertulis dari sekurang-kurangnya 5 buah MBFM Cawangan menyatakan sebab-sebab perlunya Mesyuarat Perwakilan Luar Biasa itu diadakan.

19.2         Pemberitahu agenda Mesyuarat Perwakilan Luar Biasa MBFM Wilayah hendaklah dihantarkan kepada Setiausaha MBFM Cawangan dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja MBFM Wilayah 7 hari sebelum tarikh mesyuarat. Perkara yang ada dalam agenda sahaja yang boleh dibincangkan dalam mesyuarat.

19.3         Fasal 17 ceraian 17.6 dan 17.7 dipakai dan jika tidak cukup korum juga setelah ditangguhkan mesyuarat itu dibawah Fasal 17 ceraian 17.7 maka mesyuarat ini hendaklah dibatalkan.

19.4         Satu salinan rangka minit Mesyuarat Perwakilan Luar Biasa MBFM Wilayah hendaklah disampaikan kepada Setiausaha MBFM Cawangan, Setiausaha MBFM Negeri dan Setiausaha Agung MBFM dengan segera setelah selesai mesyuarat.

 


FASAL 20

JAWATANKUASA KERJA MBFM WILAYAH


20.1         Jawatankuasa Kerja MBFM Wilayah adalah badan yang menjalankan pentadbiran MBFM Wilayah di bawah kekuasaan dan perintah Mesyuarat Perwakilan MBFM Wilayah dan tertakluk kepada Perlembagaan MBFM.

20.2         Jawatankuasa Kerja MBFM Wilayah Mengandungi :-

(a)       Seorang Pengerusi
(b)       Seorang Timbalan Pengerusi
(c)       Seorang Naib Pengerusi 1
(d)       Seorang Naib Pengerusi 2 (Wanita)
(e)       Seorang Naib Pengerusi 3 (Remaja) - tidak melebihi umur 25 tahun   
(f)        Seorang Setiausaha Kehormat
(g)       Seorang Penolong Setiausaha Kehormat
(h)       Seorang Bendahari Kehormat
(i)        Seorang Ketua Penerangan
(j)        Ahli-ahli Biasa Jawatankuasa Kerja MBFM Wilayah yang terdiri
            daripada ;

  (i)        Tidak lebih dari 10 orang ahli yang dipilih oleh Mesyuarat.
(ii)              Tidak melebihi daripada 5 orang ahli yang dilantik oleh
            Pengerusi MBFM Wilayah.

20.3     Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Naib Pengerusi 1, Naib Pengerusi 2 (Wanita) dan Sepuluh orang Ahli Jawatankuasa adalah dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan (pemilihan) tiap-tiap 2 tahun sekali.

20.4     Naib Pengerusi 3 (Remaja), Setiausaha Kehormat, Penolong Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat, Ketua Penerangan dan 5 orang ahli Jawatankuasa Kerja hendaklah dilantik oleh Pengerusi MBFM Wilayah dan memegang jawatan mereka selama tempoh Jawatankuasa Kerja MBFM Wilayah melainkan ia minta berhenti atau diberhentikan.

20.5     Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja MBFM Wilayah akan memegang jawatan selama 2 tahun.

20.6     Satu perdua (1/2) Ahli Jawatankuasanya hadir adalah cukup korum.

20.7     Jika Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Naib-naib Pengerusi tidak hadir dalam mesyuarat, maka ahli-ahli Jawatankuasa yang hadir bolehlah memilih salah seorang daripada mereka menjadi Pengerusi Mesyuarat.

20.8     Panggilan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MBFM Wilayah akan diuruskan oleh Setiausaha Kehormat atas arahan dan persetujuan Pengerusi atau permintaan bertulis sekurang-kurangnya satu perdua daripada Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja MBFM Wilayah.

20.9     Apabila sesuatu perkara yang berkehendakkan keputusan Jawatankuasa Kerja MBFM Wilayah dengan serta merta dan tidak dapat diadakan mesyuarat, maka mendapatkan keputusan dengan surat pekeliling kepada Ahli-ahli Jawatankuasa dan dicatatkan segala keputusan dalam minit mesyuarat yang berikut.


FASAL 21

KEWAJIPAN DAN KUASA JAWATANKUASA KERJA MBFM WILAYAH


Kewajipan dan kuasa Jawatankuasa Kerja MBFM Wilayah adalah seperti berikut :-

21.1         Berkuasa melantik Jawatankuasa Kerja Wilayah untuk mengemaskan perjalanan MBFM Wilayah.

21.2         Membentuk asas, dasar dan rancangan dalam melaksanakan Fasal 4 Perlembagaan MBFM.

21.3         Berikhtiar menolong menubuhkan MBFM Cawangan dan menyesuaikan perjalanannya mengikut Perlembagaan MBFM dan memerhati serta mengawal perjalanan MBFM Cawangan yang ada di dalam Wilayah itu.

21.4         Membentangkan kepada Mesyuarat Perwakilan Tahunan satu laporan lengkap bagi menerangkan perjalanan MBFM Wilayah termasuk maju mundurnya, kekuatan dan kelemahan serta Penyata Kewangan yang telah diperiksa dan disahkan oleh Juru Audit Dalam atau Pemeriksa Kira-kira.

21.5         Akan memberikan nasihat kepada mana-mana MBFM Cawangan dalam MBFM Wilayah ini, yang berbangkit perselisihan faham dikalangan ahli-ahli Biasa ataupun Jawatankuasa Kerja MBFM Cawangan itu.
                                                                                                             
21.6         Menimbang dan memutuskan segala rayuan dan permohonan daripada Persatuan yang telah dimajukan kepada Setiausaha MBFM Wilayah.

21.7         Segala rayuan dan permohonan daripada ahli yang telah dimajukan kepada Setiausaha Kehormat MBFM Wilayah hendaklah diangkat kepada Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan untuk diputuskan.

 


FASAL 22

TUGAS AHLI-AHLI JAWATANKUASA KERJA MBFM WILAYAH


22.1         PENGERUSI

(a)       Melantik dan mengugurkan Naib Pengerusi 3 (Remaja), Setiausaha Kehormat dan Penolong Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat, Ketua Penerangan dan 5 orang Ahli Jawatankuasa.

(b)       Bertanggungjawab ke atas semua pegawai-pegawai dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja MBFM Wilayah.

(c)       Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MBFM Wilayah

(d)              Menandatangani cek-cek MBFM Wilayah bersama-sama dengan
Bendahari Kehormat.


22.2         TIMBALAN PENGERUSI

(a)        Membantu Pengerusi menjalankan tugas-tugasnya.

(b)  Memangku tugas-tugas Pengerusi dalam masa ketiadaannya.


22.3     NAIB-NAIB PENGERUSI

(a)       Memangku tugas-tugas Pengerusi dalam masa ketiadaan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi mengikut kekanan.
        
(b)       Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MBFM Wilayah apabila Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tidak hadir.


22.4     SETIAUSAHA KEHORMAT

Setiausaha adalah bertanggungjawab :-

(a)               Secara langsung kepada Pengerusi.

(b)      Atas surat-menyurat, buku-buku, dokumen-dokumen dan lain-lain dengan teratur.

(c)        Menguruskan panggilan mesyuarat-mesyuarat atas arahan dan persetujuan Pengerusi serta menghadiri dan menulis Minit Mesyuarat tersebut.

(d)      Menyimpan daftar Ahli.

(e)        Mendapatkan persetujuan daripada Pengerusi berkenaan dengan pengambilan Pegawai-pegawai pejabat dan juga atas perberhentian mereka itu.

(f)        Mengawasi kerja-kerja kakitangan.

(g)                   Melaporkan kepada Pengerusi segala tindakan yang dijalankan berhubung dengan pentadbiran MBFM Wilayah.

(h)      Mengadakan pejabat mana hendaklah ditempatkan di pusat
pentadbiran   MBFM Wilayah atau mana-mana yang ditentukan oleh Jawatankuasa Kerja MBFM Wilayah dan melaporkan kepada Setiausaha Agung MBFM dan Setiausaha MBFM Negeri alamat pejabat tersebut.


22.5  PENOLONG SETIAUSAHA KEHORMAT

(a)       Membantu Setiausaha menjalankan tugas-tugasnya.

(b)      Memangku jawatan Setiausaha semasa ketiadaannya.


22.6.  BENDAHARI KEHORMAT

(a)       Bertanggungjawab menerima dan membayar segala wang bagi pihak MBFM Wilayah.

(b)       Menyimpan buku kira-kira dengan baik dan teratur.

(c)       Menyediakan Penyata Kewangan bagi tiap-tiap mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Perwakilan Agung Tahunan.

(d)       Menandatangani segala cek-cek bagi pihak MBFM Wilayah bersama-sama dengan Pengerusi.


22.7.  KETUA PENERANGAN

(a)       Bertanggungjawab dan keupayaan dalam kegiatan penerangan dan melaporkan kepada Pengerusi dan Jawatankuasa Kerja di Peringkat MBFM Wilayah.

(b)      Mentadbir Jabatan Penerangan dan menyusun kerja-kerja Pegawai di dalam jabatan itu.


22.8. AHLI-AHLI BIASA JAWATANKUASA KERJA

Bertanggungjawab membantu Jawatankuasa Kerja MBFM Wilayah
            melaksanakan tugas yang ditentukan.

































BAB YANG KEEMPAT
SUSUNAN PENTADBIRAN MBFM CAWANGAN


FASAL 23

SUSUNAN DAN PENTADBIRAN CAWANGAN MBFM


23.1         Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan berkuasa menubuh, menggantung dan membubarkan MBFM Cawangan setelah terlebih dahulu berunding dan merujuk kepada Jawatankuasa Kerja MBFM Wilayah berkenaan.

23.2     Selain dari rancangan Felda, MBFM boleh ditubuhkan di dalam mana-mana kawasan yang mempunyai entiti Felda.

23.3     Tertakluk kepada Perlembagaan dan Peraturan Mesyuarat Agung Tahunan MBFM, perjalanan MBFM Cawangan adalah berasaskan kepada kuasa dan perintah Mesyuarat Agung Tahunan MBFM Cawangan.

23.4     Mesyuarat Agung Tahunan MBFM Cawangan hendaklah terdiri daripada :-

(a)              Ahli-ahli Jawatankuasa MBFM Cawangan.

(b)              Ahli-ahli MBFM yang telah menjelaskan yuran tahunannya mengikut Fasal 30.1 dan Fasal 30.6.

23.5     Tugas-tugas Mesyuarat Agung Tahunan MBFM Cawangan ialah :-

(a)       Membincangkan dasar MBFM untuk dikemukakan kepada mesyuarat Perwakilan MBFM Wilayah.

(b)       Mengkaji kerja-kerja yang telah dibuat oleh Jawatankuasa MBFM Cawangan.

(c)       Mengadakan rancangan-rancangan kerja untuk faedah rakyat.

(d)       Memilih Ahli-ahli Jawatankuasa tertakluk kepada Fasal 25.

(e)       Memilih dua orang Pemeriksa Kira-Kira mengikut Fasal 32.

(f)        Memilih perwakilan cawangan ke Mesyuarat Perwakilan MBFM Wilayah mengikut Fasal 17.2(b). Perwakilan yang tidak dipilih di dalam Mesyuarat Agung Tahunan MBFM Cawangan atau sebarang pertukaran selepas itu tidak sah.

(g)       Mencadangkan calon-calon untuk bertanding menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja MBFM Wilayah mengikut Fasal 20.2.
23.6     Mesyuarat Agung Tahunan Khas MBFM Cawangan hendaklah diadakan dengan permintaan bertulis daripada satu perdua jumlah ahli-ahli. Jika Setiausaha tidak memanggil Mesyuarat Agung Tahunan Khas MBFM Cawangan itu dalam tempoh empat belas hari maka Mesyuarat Agung Tahunan Khas MBFM Cawangan itu hendaklah dipanggil oleh Jawatankuasa MBFM Wilayah.

 


FASAL 24
PEJABAT SETIAUSAHA CAWANGAN

Pejabat Setiausaha bolehlah ditempatkan di mana-mana yang dipersetujui oleh Jawatankuasa MBFM Cawangan dan diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Belia.

 


FASAL 25

JAWATANKUASA MBFM CAWANGAN

25.1         Jawatankuasa Kerja MBFM Cawangan Mengandungi :-

(a)       Seorang Pengerusi
(b)       Seorang Naib Pengerusi 1
(c)       Seorang Naib Pengerusi 2 (Wanita)
(d)       Seorang Setiausaha
(e)       Seorang Penolong Setiausaha
(f)        Seorang Bendahari
(g)       Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja MBFM Cawangan yang terdiri daripada 7 orang yang dipilih bagi 50 atau kurang orang ahli pertama dan tambahan seorang bagi setiap 50 orang ahli berikutnya.

25.2         Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari tidak dipilih dalam mesyuarat agung tetapi dilantik oleh Pengerusi dan tidak lebih dari tiga (3) orang ahli Jawatankuasa juga adalah dilantik atas kuasa Pengerusi MBFM Cawangan dan akan memegang jawatan mereka selama tempoh Jawatankuasa MBFM Cawangan yang berkenaan kecuali mereka minta berhenti atau diberhentikan oleh Pengerusi MBFM Cawangan.

25.3         Jawatan Ahli-ahli Jawatankuasa MBFM Cawangan tidak menjadi kosong disebabkan seseorang ahli itu telah dilantik menjadi Pegawai mengikut Fasal 25.2.

25.4         Jawatankuasa MBFM Cawangan hendaklah bersidang sekurang-kurangnya dua bulan sekali, atau pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Pengerusi atau dengan permintaan bersurat daripada satu pertiga Ahli Jawatankuasa MBFM Cawangan.

25.5         Jika Setiausaha tidak memanggil mesyuarat mengikut fasal 23.3 dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh permohonan itu dibuat maka ahli yang memohon boleh memanggil mesyuarat itu dengan syarat semua Ahli Jawatankuasa MBFM Cawangan dijemput hadir.

25.6         Satu perdua (1/2) daripada Ahli Jawatankuasa adalah menjadi cukup bilang bagi menjalankan mesyuarat.

25.7         Sekiranya seseorang Ahli Jawatankuasa yang dipilih tiada lagi memegang jawatannya maka jawatan itu tidak boleh diganti.

25.8         Jika Pengerusi MBFM Cawangan berhenti atau diberhentikan maka Naib Pengerusi mengikut kekanan akan memangku jawatan itu dan jika Pemangku Pengerusi itu berhenti juga atau diberhentikan maka salah seorang daripada Ahli Jawatankuasa boleh dilantik memangku jawatan itu.

25.9         Jika Pengerusi dan Naib-naib Pengerusi tidak hadir di dalam Mesyuarat Jawatankuasa maka salah seorang daripada ahli-ahli yang hadir itu boleh dilantik menjadi Pengerusi mesyuarat.


FASAL 26

TUGAS AHLI-AHLI JAWATANKUASA KERJA MBFM CAWANGAN


26.1     Pengerusi

(a)       Mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Kerja.
(b)       Menjadi Pengerusi dan bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan
pengurusan pertubuhan belia.
(c)       Melantik Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari dan 3 orang jawatankuasa pertubuhan belia cawangan dengan persetujuan Jawatankuasa Kerja.
(d)       Menandatangani cek pertubuhan belia bersama-sama Bendahari pertubuhan belia.

26.2     Naib-naib Pengerusi

(a)       Menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaan Pengerusi.
(b)       Membantu Pengerusi melaksanakan tanggungjawab mentadbir dan mengurus pertubuhan belia.

26.3     Setiausaha

(a)       Bertanggungjawab kepada Pengerusi.
(b)       Melaporkan kepada Pengerusi segala tindakan berkaitan pentadbiran dan pengurusan pejabat pertubuhan belia.
(c)       Mengendalikan urusan surat menyurat, penyimpanan rekod, fail dan dokumen pertubuhan belia.
(d)       Mengemaskini daftar ahli pertubuhan belia.
(e)       Menghadiri semua mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan membuat catatan minit mesyuarat.
(f)        Menguruskan persediaan, pelaksanaan dan pelaporan Mesyuarat Agung Tahunan pertubuhan belia.
(g)       Mengemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan Belia dalam masa 60 hari selepas Mesyuarat Agung Tahunan atau sekiranya tiada Mesyuarat Agung Tahunan, 60 hari selepas berakhirnya setiap tahun kalender, penyata tahunan pertubuhan belia sepertimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 22, Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007.
             
26.4     Penolong Setiausaha

(a)       Membantu Setiausaha dalam pelaksanaan tugas-tugasnya.
(b)       Menjalankan tugas Setiausaha semasa ketiadaan beliau.

26.5     Bendahari

(a)       Menguruskan hal berkaitan kewangan pertubuhan belia.
(b)       Menyedia dan membentangkan Penyata Kewangan pertubuhan belia bagi tujuan Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja.
(c)       Menandatangani cek pertubuhan belia bersama-sama Pengerusi.
(d)       Mengemaskini semua rekod kewangan pertubuhan belia.
(e)       Mengutip semua jenis yuran atau bayaran yang dikenakan daripada ahli pertubuhan belia.

26.6     Ahli Jawatankuasa

(a)       Mempengerusikan Jawatankuasa Kecil yang dibentuk oleh Jawatankuasa Kerja MBFM Cawangan.
(b)       Mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Kecil yang dipengerusikannya.
(c)       Membantu dalam pentadbiran dan pengurusan pertubuhan belia secara keseluruhan.
(d)       Memastikan Jawatankuasa Kecil yang dipengerusikannya melaksanakan aktiviti dan fungsinya.










BAB YANG KELIMA
PERKARA-PERKARA AM


FASAL 27
TAFSIRAN

27.1     “MBFM atau MBFM Kebangsaan” ertinya Majlis Belia Felda Malaysia sebuah Pertubuhan Belia peringkat Kebangsaan.

27.2     “MBFM Negeri” ertinya Majlis Belia Felda Negeri sebuah Pertubuhan Belia peringkat Negeri yang diwujud mengikut BAB YANG KEDUA.

27.3     “MBFM Wilayah” ertinya Majlis Belia Felda Wilayah sebuah Pertubuhan Belia peringkat Felda Wilayah yang diwujud mengikut BAB YANG KETIGA.

27.4     “MBFM Cawangan” ertinya Persatuan Belia (MBFM) Felda sebuah Pertubuhan Belia peringkat Rancangan Felda yang diwujud mengikut BAB YANG KEEMPAT.

27.5     “MESYUARAT AGUNG TAHUNAN” ertinya mesyuarat yang wajib diadakan oleh pertubuhan belia ini pada tiap-tiap tahun seperti yang disebutkan dalam Fasal 9 Perlembagaan ini.

27.6     “JKKT” ertinya Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan, badan pengelola bagi pertubuhan belia ini seperti yang disebutkan dalam Fasal 10  Perlembagaan ini.

27.7     “JAWATANKUASA KERJA” ertinya badan pengelola bagi pertubuhan belia ini seperti yang disebutkan dalam Fasal 14 dan Fasal 21 Perlembagaan ini.

27.8     “PEJABAT” ertinya alamat urusan berdaftar pertubuhan belia seperti yang ditetapkan dalam Fasal 2 Perlembagaan ini.

27.9     “AHLI” ertinya ahli atau anggota pertubuhan belia seperti yang disebutkan dalam Fasal 5 Perlembagaan ini.

27.10 “PENDAFTAR PERTUBUHAN BELIA” ertinya Pendaftar Pertubuhan Belia yang dilantik di bawah subseksyen 4(1) Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007.

 27.11 Tertakluk kepada peruntukan dalam Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007, Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan boleh memberikan tafsirannya kepada Perlembagaan ini. Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan juga boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam Perlembagaan ini sekiranya perlu dengan syarat tidak bertentangan dengan peruntukan mana-mana undang-undang.

FASAL 28

DISIPLIN MBFM


28.1         Tindakan dispilin boleh diambil di atas ahli yang melanggar tanggungjawab yang terkandung dalam Perlembagaan ini.

28.2         Jawatankuasa di Peringkat Kebangsaan, Negeri, Wilayah dan Cawangan bolehlah melaporkan ahli-ahli yang didapati melanggar disiplin MBFM kepada Jawatankuasa Disiplin MBFM Kebangsaan untuk tindakan yang sewajarnya.

28.3         Ahli-ahli MBFM yang melanggar disiplin MBFM boleh :-

(a)                                     Diberi amaran.
(b)                                     Digantung hak-haknya di dalam MBFM.
(c)                                      Dipecat.

28.4         Seseorang ahli yang tidak puas hati dengan keputusan Jawatankuasa Disiplin MBFM Negeri bolehlah merayu kepada Jawatankuasa Disipilin MBFM Kebangsaan dan keputusan Jawatankuasa Disiplin MBFM Kebangsaan adalah muktamad.

28.5         JKKT berhak mengadakan peraturan-peraturan dengan disiplin dalam MBFM.


FASAL 29
PUNCA PENDAPATAN

29.1.    Kewangan MBFM adalah diperolehi daripada :-

(a)         Yuran Ahli untuk MBFM Cawangan.
(b)        Derma-derma.
(c)     Ikhtiar-ikhtiar lain yang dipersetujukan oleh Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan, Negeri, Wilayah dan Cawangan.

29.2         SetiausahaMBFM Cawangan, Wilayah dan Negeri hendaklah menghantarkan kepada Setiausaha Agung, Penyata Penerimaan dan Pembayaran, Imbangan Kira-kira bagi tahun kewangan yang diperiksa dan disahkan.


FASAL 30
YURAN MBFM

30.1.    Yuran Ahli Biasa hanya untuk keahlian Persatuan MBFM Cawangan sahaja adalah seperti yang berikut :-

(a)     Yuran Keahlian            RM 1.00
(b)     Yuran Tahunan           RM 1.00



30.2.    MBFM Cawangan, MBFM Wilayah dan/atau MBFM Negeri boleh dikenakan mana-mana yuran yang bersesuaian dengan dipersetujui dan kelulusan JKKT.

30.3.    Semua yuran tahunan hendaklah dijelaskan tiap-tiap tahun.

30.4.    Seseorang ahli yang tertunggak yurannya selepas 6 bulan tahun berikutnya akan terhenti menjadi ahli dan akan hilang segala haknya dalam MBFM dan namanya akan dipotong dari daftar ahli.

30.5.    Seseorang yang terhenti dari menjadi ahli kerana tunggak yuran bolehlah memohon semula menjadi ahli mengikut Perlembagaan ini dengan syarat pemohon menjelaskan segala tunggakan yuran.

30.6.    Yuran yang dimaksudkan dalam Fasal 30.1 adalah dikira mengikut tahun kewangan seperti Fasal 31.6.


FASAL 31
KEWANGAN

31.1     Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam perlembagaan ini, wang pertubuhan belia ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan pertubuhan belia termasuklah perbelanjaan pentadbiran dan pengurusan pertubuhan belia serta perbelanjaan lain yang di persetujui oleh Jawatankuasa Kerja. Walau bagaimanapun wang itu tidaklah boleh digunakan untuk membayar penalti mana-mana pemegang jawatan atau ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh sesebuah Mahkamah.

31.2     Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM1,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu) pada satu-satu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam akaun pertubuhan belia. 

31.3     Semua cek atau kenyataan pengeluaran wang pertubuhan belia hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi dan Bendahari. Semasa ketiadaan Pengerusi, Timbalan Pengerusi merupakan pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang pertubuhan belia.

31.4     Perbelanjaan yang melebihi RM 10,000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu) bagi sesuatu masa perlu diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Kerja dan perbelanjaan yang melebihi RM 100,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Ribu) bagi satu-satu masa perlu mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu.





31.5     Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit yang dilantik dengan seberapa segera setelah tamatnya sesuatu tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutnya dan salinannya hendaklah dikemukakan untuk makluman semua ahli pertubuhan belia.

31.6     Tahun kewangan pertubuhan belia ini bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember tiap-tiap tahun.

31.7     Semua akaun Persatuan hendaklah menggunakan nama Persatuan MBFM Cawangan masing-masing.


FASAL 32
JURUAUDIT ATAU PEMERIKSA KIRA-KIRA

32.1     Dua (2) orang ahli yang bukan menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja boleh dilantik semasa Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Juruaudit atau Pemeriksa Kira-kira. Tugas mereka adalah membuat pemeriksaan terhadap penyata kewangan pertubuhan belia dan membuat laporan dan pengesahan penyata-penyata yang berkaitan dengan kewangan pertubuhan belia.

32.2     Mesyuarat Agung Tahunan boleh juga melantik Firma Audit yang bertauliah bagi menjalankan kerja-kerja auditan ke atas pertubuhan belia sekiranya perlu.

 

FASAL 33

MEMINDA PERLEMBAGAAN


33.1         Perlembagaan ini atau sebarang bahagian daripadanya boleh dipinda atau dimansuhkan dengan ketetapan yang dipersetujukan oleh tidak kurang daripada   2/3 wakil-wakil yang hadir dalam Perhimpunan Agung dan hendaklah dikemukan kepada Pendaftar Pertubuhan Belia dalam tempoh 28 hari dari tarikh keputusan meminda Perlembagaan itu untuk mendapat kebenarannya.

33.2         Satu ketetapan hendak meminda atau memansuhkan Perlembagaan ini hendaklah dihantarkan kepada Setiausaha mengikut syarat di dalam peraturan mesyuarat MBFM.

33.3         Setiap pindaan akan berjalan kuatkuasanya mulai tarikh pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.




FASAL 34
MAJLIS PERUNDINGAN GENERASI BARU FELDA

34.1     Majlis Perundingan Generasi Baru Felda (MPGB) adalah sebuah badan penasihat bebas kepada MBFM.

34.2     Keanggotaannya adalah seorang yang bebas, bukan ahli kecuali Pegawai Kanan MBFM, bekas pemimpin MBFM dimana minima seramai tujuh (7) orang atau seramai difikirkan perlu oleh Presiden yang mengandungi :-

(a)              Yang DiPertua
(b)              Timbalan Yang DiPertua
(c)               Sekurang-kurang Lima (5) Ahli Majlis bebas
(d)              Pegawai Kanan MBFM
(e)              Presiden – Ex-Officio
(f)                Setiausaha Agung MBFM

34.3     Bidang kuasanya adalah untuk membantu Presiden melaksana tanggungjawab mengikut Fasal 4 perlembagaan ini.    

34.4     MPGB boleh merangka peraturan sendiri selagi tidak menyalahi perlembagaan ini.


FASAL 35
PERTIKAIAN DALAMAN

Adalah menjadi tugas Jawatankuasa Kerja untuk menyelesaikan apa-apa pertikaian yang timbul di kalangan ahli-ahli mengikut prosedur yang ditetapkan dalam Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007.


FASAL 36
PEMEGANG AMANAH

36.1     Tiga (3) orang Pemegang Amanah yang berumur lebih daripada 21 tahun boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh pertubuhan belia. Semua harta tetap kepunyaan pertubuhan belia akan diamanahkan kepada mereka dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed of Trust).

36.2     Pemegang Amanah tidak boleh menjual, menarik balik atau memindah hakmilik harta kepunyaan pertubuhan belia dengan tidak mendapat kelulusan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agung Tahunan pertubuhan belia.


36.3     Seseorang Pemegang Amanah itu boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh Mesyuarat Agung Tahunan oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana sebab lain yang mengakibatkan ia tidak dapat menjalankan tugasnya. Pemegang Amanah yang baru boleh dilantik bagi menggantikan Pemegang Amanah tersebut melalui Mesyuarat Agung Tahunan.


FASAL 37
PINDAAN PERLEMBAGAAN

37.1     Perlembagaan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan persetujuan ahli-ahli dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Khas.

37.2     Permohonan untuk meminda perlembagaan ini hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan Belia dalam masa enam puluh (60) hari dari tarikh keputusan mesyuarat yang memutuskan perihal perubahan atau pindaan tersebut. Perubahan atau pindaan kepada perlembagaan ini tidak boleh dikuatkuasakan selagi tidak mendapat kelulusan bertulis Pendaftar Pertubuhan Belia.


FASAL 38
LARANGAN

38.1     Segala bentuk perjudian yang bertentangan dengan Undang-undang Malaysia atau permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah atau premis pertubuhan belia : Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkas, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, banker’s game, permainan mesin video dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib;

38.2     Pertubuhan belia atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti difinisi di dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959;

38.3     Pertubuhan belia ini tidak boleh menjalankan loteri samada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama pertubuhan belia atau pemegang jawatan tanpa kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan dan pihak berkuasa.





FASAL 39
PEMBUBARAN

39.1     Pertubuhan belia ini boleh dibubarkan dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri Mesyuarat Agung Khas yang dipanggil untuk tujuan tersebut.

39.2     Sekiranya pertubuhan belia ini hendak dibubarkan secara yang tersebut di atas, maka segala hutang dan tanggungan pertubuhan belia yang sah dari segi undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diurus mengikut cara yang dipersetujui oleh Mesyuarat Agung tersebut.

39.3     Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan Belia dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran tersebut.