Sunday 20 December 2009

Jengka 3 : Tahniah, Persatuan Belia Seri Dahlia

Jengka 3 : Tahniah, Persatuan Belia Seri Dahlia

20 Disember 2009 - Bertempat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor, telah di adakan Karnival Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) 2009. Majlis kemuncak dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Turut hadir adalah Adun Kuala Sentul, Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin.
Pada majlis kemuncak tersebut, Persatuan Belia Felda Sri Dahlia Jengka 3 telah dinobatkan pemenang bagi Kategori Kemasyarakatan dan Kesukarelaan dengan membawa pulang RM 3 ribu. Anugerah utama telah dimenangi oleh Persatuan Belia (MBFM) Felda Bukit Bading, Terengganu.
Dalam satu kenyataan ringkas, Dato' Shahaniza berasa begitu bangga dengan kejayaan ini dan berharap ia akan menjadi pemangkin kepada pengurusan dan pentadbiran belia yang lebih aktif, dinamik dan berkesan di Dun Kuala Sentul.

Kenangan Terindah

ANUGERAH BELIA FELDA MALAYSIA TAHUN 2009

JOHAN BAGI KATEGORI BIDANGAN KEMASYARAKATAN DAN KESUKARELAAN 

Friday 6 November 2009

SELAMAT DATANG PANEL PENILAI ANUGERAH BELIA FELDA MALAYSIA 2009

SELAMAT DATANG PANEL PENILAI ANUGERAH BELIA FELDA MALAYSIA 2009

KEHADIRAN Y.B ADUN KUALA SENTUL DAN SEMUA PEGAWAI PENILAI
NYAYIAN LAGU NEGARAKU DAN SEMAI BAKTI DIKETUAI KUMPULAN KOIR PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN JENGKA 3 BERSAMA AJK BELIA
PARA TETAMU TIDAK SABAR MENANTI KETIBAAN Y.B DAN PEGAWAI PENILAI

PELAJAR SEKOLAH TURUT MEMBERI KERJASAMA

ADA LAGI, TUNGGUUU

PENILAIAN ANUGERAH BELIA FELDA TAHUN 2009

Jengka 3 : Penilaian Anugerah Belia Felda Malaysia


06 November 2009 (Jumaat) - Hari ini merupakan detik yang penting bagi Persatuan Belia Jengka 3 kerana menjalani proses penilaian bagi Anugerah Belia Felda Malaysia (ABFM) 2009. Persatuan ini mewakili Wilayah Jengka bagi anugerah ini.


Turut meraikan panel penilai dan hadir memberi sokongan kepada persatuan ini adalah ADUN Kuala Sentul, YB Dato' Shahaniza Shamsuddin dan pegawai-pegawai seranta Felda Wilayah Jengka.


Dato' Shahaniza menyifatkan pemilihan persatuan ini adalah satu pengiktirafan kepada kerja keras yang mereka jalankan sepanjang tahun 2009. Selain itu, beliau juga mengharapkan peningkatan berterusan dalam organisasi belia di seluruh DUN Kuala Sentul melalui aktiviti yang mendatangkan kesan kepada para belia setempat.