Tuesday 4 October 2011

JAMUAN MERDEKA RAYA MBFM FELDA JENGKA 3 2011 (3)



ARKIB : 04/10/2011

MBFM lindungi Felda daripada tohmahan

SHAHANIZA Shamsuddin (tiga dari kanan) bersama Anuar Abdul Manap (empat dari kanan ) memotong kek Merdeka Raya di Felda Dahlia Jengka 3, Maran, Pahang, baru-baru ini.


MARAN 3 Okt. - Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) bertekad memastikan semua tanah rancangan bebas daripada sebarang anasir yang cuba meracuni pemikiran peneroka agar membenci kerajaan dan Felda.
Presidennya, Anuar Abdul Manap berkata, untuk itu MBFM akan memantapkan organisasi bagi membolehkan mereka menjadi barisan hadapan dalam menangkis segala tohmahan yang dilemparkan pihak terbabit.
"Kita tahu ada pihak luar yang cuba masuk ke tanah rancangan untuk meracuni pemikiran warga Felda supaya menentang kerajaan dan Felda yang banyak berjasa kepada mereka.
"Sebab itu, kita perlu halang perbuatan seperti itu agar segala hasutan yang cuba disebarkan tidak merebak, sekali gus dapat memelihara perpaduan dalam kalangan peneroka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas mengadakan pertemuan dengan MBFM Felda Dahlia Jengka 3 di sini, baru-baru ini.
Pertemuan itu turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Sentol, Datuk Shahaniza Shamsuddin dan Penolong Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Mohd. Shahrizal Mohd. Salleh.
Sementara itu, Anuar turut mengingatkan ahli MBFM di peringkat akar umbi supaya menjalinkan kerjasama erat dengan semua pihak, termasuk peneroka bagi memastikan agenda pembangunan belia berjalan lancar.
"Kita tidak mahu segala perancangan untuk belia tinggal di atas kertas semata-mata disebabkan hubungan dingin kedua-dua belah pihak," jelasnya,
Pada masa yang sama, Anuar turut mengingatkan generasi baharu Felda supaya mempunyai semangat patriotik yang tinggi agar pihak luar tidak sewenang-wenangnya memperkudakan mereka untuk kepentingan politik sempit.