Friday 6 November 2009

SELAMAT DATANG PANEL PENILAI ANUGERAH BELIA FELDA MALAYSIA 2009

SELAMAT DATANG PANEL PENILAI ANUGERAH BELIA FELDA MALAYSIA 2009

KEHADIRAN Y.B ADUN KUALA SENTUL DAN SEMUA PEGAWAI PENILAI
NYAYIAN LAGU NEGARAKU DAN SEMAI BAKTI DIKETUAI KUMPULAN KOIR PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN JENGKA 3 BERSAMA AJK BELIA
PARA TETAMU TIDAK SABAR MENANTI KETIBAAN Y.B DAN PEGAWAI PENILAI

PELAJAR SEKOLAH TURUT MEMBERI KERJASAMA

ADA LAGI, TUNGGUUU

PENILAIAN ANUGERAH BELIA FELDA TAHUN 2009

Jengka 3 : Penilaian Anugerah Belia Felda Malaysia


06 November 2009 (Jumaat) - Hari ini merupakan detik yang penting bagi Persatuan Belia Jengka 3 kerana menjalani proses penilaian bagi Anugerah Belia Felda Malaysia (ABFM) 2009. Persatuan ini mewakili Wilayah Jengka bagi anugerah ini.


Turut meraikan panel penilai dan hadir memberi sokongan kepada persatuan ini adalah ADUN Kuala Sentul, YB Dato' Shahaniza Shamsuddin dan pegawai-pegawai seranta Felda Wilayah Jengka.


Dato' Shahaniza menyifatkan pemilihan persatuan ini adalah satu pengiktirafan kepada kerja keras yang mereka jalankan sepanjang tahun 2009. Selain itu, beliau juga mengharapkan peningkatan berterusan dalam organisasi belia di seluruh DUN Kuala Sentul melalui aktiviti yang mendatangkan kesan kepada para belia setempat.